Apa itu buah yuzu?

Apa itu buah yuzu?

Apa itu buah yuzu?

08/07/2021

Buah yuzu selalunya dipanggil lemon Jepun yang telah dikenali sejak bertahun dulu kerana kewangiannya dan nutrient yang ada dalam buah yuzu ini. Rupa buah yuzu ini seperti buah limau gedang yang kecil dan mengandungi dua warna iaittu hijau atau kuning yang bergantung kepada tahap masaknya buah tersebut. Buah yuzu ini juga disebut yuja dalam kalangan masyarakat Korea.


Kebaikan:

  1. Banyak nutrient

  • Yuzu mengandungi kalori yang rendah tetapi banyak nutrient seperti protein, serat, vitamin A, vitamin C, kuprum dan lain-lain lagi. Ia juga mengandungi magnesium, zat besi, zink, dan kalsium dalam jumlah yang sikit.

  1. Mengandungi antioksidan

  • Antioksidan yang yuzu adalah termasuk vitamin C, karotenoid dan flavonoid. Diet yang kaya antioksidan membantu mengurangkan risiko vermacam jenis kanser, diabetes jenis 2 dan penyakit jantung. Antioksidan ini juga membantu dalam mencerahkan kulit, mengurangkan kekedutan dan mengurangkan kulit kering. Terdapat kajian yang telah dilaksanakan menunjukkan ekstrak yuzu membantu dalam masalah obesiti.

  1. Bau yang menenangkan

  • Limonene dan linalool adalah punca mengapa minyak yuzu menghasilkan bau yang menenangkan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa bau daripada minyak yuzu ini dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan kegelisahan.

  1. Membantu mengurangkan kolesterol

  2. Membantu meningkatkan kesihatan tulang

  3. Digunakan dalam kosmetik yang anti-penuaan

  4. Membantu dalam memperbaiki saluran darah

  • Yuzu mengandungi anti-pembekuan platelet yang membantu dalam mengelakkan daripada berlaku tersumbat dalam saluran darah daripada pembekuan yang berlebihan berlaku. Perkara ini membantu dalam mengurangkan penyakit jantung.


    Yuzu menghasilkan jus yang sedikit jadi ia dijual yang sedikit mahal. Yuzu boleh dimakan dengan pelbagai cara yang mengikut kehendak anda kerana rasa masamnya akan tetapi ia mengandungi tahap asid yang sama dengan lemon dan limau lain. Dulu tak tahu, sekarang tahu.